Bahan Aloi dan Komposit Matriks Logam: Ke Arah Industri Pembuatan Logam yang Lestari
- Ex Tax: RM8.00
- Author: Zuhailawati Hussain
- Availability: In Stock
- e-ISBN: 9789674616021
- Book Type: E-book
- Format: Flipbook
RM8.00
Sejak berabad lamanya produk berasaskan logam tidak dapat dipisahkan daripada kegiatan
dan kehidupan harian manusia. Demi kelangsungan, manusia menjadi semakin inovatif
dalam mencari dan membangunkan bahan baharu supaya kehidupan mereka lebih lestari.
Akan tetapi ramai pengguna tidak menyedari kewujudan kepelbagaian sistem bahan logam
termasuklah bahan aloi dan komposit matriks logam untuk penggunaan yang memerlukan
bahan berprestasi tinggi. Tambahan pula kesedaran terhadap pembangunan mampan dalam
kalangan masyarakat dan industri memberi aspirasi kepada penemuan sistem bahan aloi dan
komposit matriks logam yang lestari dan selamat.
Teks syarahan ini mengupas pembangunan bahan aloi dan komposit matriks logam yang
baharu, asli dan lestari menggunakan kaedah pembuatan mesra alam untuk pelbagai
penggunaan yang memberi manfaat kepada manusia atas cirinya yang unik dan berprestasi
tinggi. Antaranya, komposit kuprum diperkuat tungsten karbida yang dihasilkan daripada sisa
industri; pengalir elektrik berkekuatan tinggi yang terbina menerusi kaedah kilasan tekanan
tinggi; sistem tungsten karbida-keluli nirkarat dengan kekerasan dan keliatan tinggi difabrikasi
secara penekanan panas isostatik pseudo; dan implan perubatan berasaskan aloi titanium dan
komposit magnesium yang bioserasi dan biodegradasi.
Penghasilan produk akhir menerusi kaedah metalurgi serbuk turut mengurangkan sisa bahan
bagi menjadikan industri pembuatan logam lebih lestari dari aspek ekonomi dan alam sekitar.
Kesesuaian proses serbuk metalurgi untuk diautomasi menerusi mesin tersambung internet
pastinya akan menjadikan sektor pembuatan industri logam negara lebih bersedia menerima
Revolusi Industri 4.0. Pemilihan, formulasi, mikrostruktur dan fabrikasi aloi dan komposit
mengambil pendekatan untuk mencipta potensi masa kini dan masa depan tanpa menjejaskan
keupayaan dan keperluan generasi akan datang.